punk ska band.Kajang,Malaysia.rock.ska.music our influences.life.green.peace.world.community.positive.mental.attitude.emotion.we think hard.we play hard.we slam hard..and we are laughard!
Tuesday, September 8, 2009
Bangun
Keris di sampin, tanjak di kepala(Baju tradisional melayu yang unik dan pada dahulunya tidak akan lengkap pakaian jika tidak membawa keris).Panglima beradu, kebanggaan bangsa(Setinggi-tinggi penghargaan dan hormat kepada mereka yang telah berjuang untuk membebaskan tanah air dari penjajah tidak kira yang masih hidup atau pun yang telah pergi dengan maruah masih di sanjung. Jasa tetap dikenang).Seni yang di turun, jangan di endahkan(Setiap etnik mempunyai seni yang tersendiri.Kesenian itu amat berharga.Ekspresi diri dan budaya). Adat tradisi, agama dituruti(Hidup di dunia yang pelbagai kaum, agama dan kepercayaan). Tunjukkan ku di mana. Semua itu kini di lupa(Di zaman ini susah untuk kita lihat semua benda yang diturunkan dari asal kita turun temurun). Kuatkanlah oh pegangan mu(Berpegang yakin dengan apa pegangan mu). Terus bangun dan terus maju(Bukan bermaksud harus tetap dengan amalan dari kala dahulu.Hidup mesti terus maju dan maju). Ayuh! bangun, jangan mundur!(Bangun! maju! walaupun di dalam zaman yang semakin canggih dan maju, kita pasti berjaya dan jangan lupa dengan asal usul kita). Isu perkauman, musuh merata-rata(Ketika zaman ini, memang tipu jika seseorang itu berkata dia tidak perkauman. Ya, asal huru hara, pasti ada unsur perkauman. Susah hendak menjadi seorang yang tidak ada unsur perkauman. Tetapi, peringatan ini dan usaha untuk meruntuhkan dinding di antara kaum-kaum, tidak mustahil boleh berjaya jika kita berfikir bebas dan rasional. Kita semua adalah spesis yang sama dipanggil Orang, Manusia, Human). Jangan bertentangan, Ayuh! gaul bersama(Cuba fikir semula, gaduh dan perang kebanyakannya menjurus ke arah kerugian! dan amat tidak rugi jika dapat duduk bersama berbincang masalah bersama). Kukuh muafakat dari dulu dicipta. Keamanan, bersama kita tenang(Keamanan baik pun peperangan dari dulu wujud di bumi ini. Semua orang tahu keamanan itu Baik dan peperangan itu Buruk. Tetapi sehingga kini, kenapa orang masih memilih yang Buruk?? ~persoalan dunia masih tidak terjawab~).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment